Sabtu, 17 Oktober 2015

Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmatinya Selepas Matinya

Dari Anas R.A berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
  1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap menerima pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadah di dalamnya.
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
  3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali sumur selagi ada orang yang menggunakannya.
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau hewan.
  6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
  7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh/solehah yang mana ia selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristigfar baginya. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarkannya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
  1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
  2. Ilmu yang berguna dan diamalkan
  3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya”.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar